Thursday, February 10, 2011

dari lempuk kepada seri muka

 

 

010 

waktu jenjalan kat pasar siti khadijah kota bharu itu hari, the other half beria nak beli lempuk durian

then, i kata “kat rumah mak kan dah ada, no need to buy arrr

pastu dia tanya i balik “sure ke kat rumah mak ada?”

i jawab “errr alamak, tak sure arrr” oklah, beli je lah” (apa daaa minah tu, beria ckp ada tp tak sure plak :-P )

then dia beli la seketul. balik rumah mak, memang ada pun lempuk yang mak dah buat itu hari

sebab dah ada, maka mak bagi lah we all bawak balik sini sikit lempuk yang mak buat tu..errr kat rumah mak pun takde siapa nak makan pun..…lagi satu kesian orang tu takut karang kempunan nak makan lempuk durian yang mak buat pulakkan

bila dah makan both lempuks tu, memang lerr yang di beli aaaamat manis rasanya, lempuk yang mak buat jugak jadi pujaaan

owh! NO! NO! i tak makan lempuk ye! the other half je yang makan

sebab lempuk yg di beli tu manis amat, so teringat sidia ni pernah buat kuih guna lempuk. maka di godek godek dapur dia ni and jadilah seri muka durian ni :-)

originately this recipe datang dari sini ye! bila tengok both of them punya seri muka, cantik aje rupanya tapi bila tengok my serimuka…hadoiii banyaknya lobang lobang tuh…apasal jadi macam tu pong i tatau..tapi i tau rasa seri muka ni sungguh lajat tau! even the other half pun agree with me ;-)

 

 

 

2011-02-092

here’s the recipe

Bahan-bahan
Lapisan Bawah

  • 250g beras pulut - rendam 1jam dan toskan
  • 1/2 sk garam
  • 170ml santan cair
  • Daun pandan simpul
  • 1/2sk gula
Cara-cara
  • Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati. Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar. (saya guna loyang biasa yg boleh di keluarkan bahagian bawah dia dan alas loyang tu dengan plastic wrap)

 

Bahan-bahan
Lapisan Atas

  • 150g isi durian (saya guna lempok durian)
  • 125g gula  (saya kurangkan kepada 65gm sahaja sbb lempok tu aaaaamat manis)
  • 3 biji telur (anggaran 30g setiap satu)
  • 35g tepung gandum
  • 10g tepung jagung
  • 375ml santan pekat (hana guna (saya pun sama) 200ml santan pekat + 175ml air (air ni saya blend dgn isi lempuk))
  • secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning
Cara-cara
  • Blend isi durian (saya blendkan lempok dengan air )dengan sukatan air sehingga hancur sebati.Ketepikan.
  • Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk.
  • Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih (kalau masih berketul, then blend lagi skali).Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
  • Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.
  • Tunggu benar2 sejuk baru dipotong.

source: bisousatoi and hanamemories

2011-02-091

11 comments:

  1. My hubby baru je tanya I last nite, what I wanna cook on Sunday coz Sunday is our free day. Maybe I'll make him seri muka durian. Tapikan, I think kalau I masak seri muka durian, dia sorang je kot yg makan.

    hubby I tu tengah mengidam makan something sweet. Nak wat camne, org tengah diet, macam2 dia mengidam. nasib baik dia tak blog hop :D

    ReplyDelete
  2. shidah
    i ni yg ckp nk diet tk diet diet jugak...pun asyik megidam nak makan macam macam... if only i kuat semangat macam u, haissh tk buleh jadi ni hari ni kena mula exercise balik... ;-P

    ReplyDelete
  3. Zarin,

    Bestnya babe, balik kampung bwk balik lagi lempuk air tangan mak....jeles ai. I luvvvv anything durian...hehehez yummmeh. Tgk serimuka durian u ni dah meleleh dah air liur uwaaaaaa.

    ReplyDelete
  4. Zarin
    Kat rumah pun if i beli lempuk i sorang aje yg makan.. dah tu cuma pakan 1/4 aje.. yg lain simpan kat fridge sampai lah benda tu tak leh makan lagi..

    I dont think i will ever buat serimuka durian with lempuk cos i alwaya ade stock durian kat freezer..(my hb antu durian but lempuk dia tak fav pulak.. serimuka durian dia fav pulak.. ape dahhh)

    ReplyDelete
  5. cantiknya gam bar serimuka ni posing..teringin betul nak rasa serimuka durian ni..lempuk susuah nak jumpa..durian pulak mahal bukan main..kalau biasa sekilo rm10...sekarang ni sebiji rm50..uiii mahal betuii

    ReplyDelete
  6. assalamualaikummmmmmmmmm...
    aku datang nak kuih yang sungguh lajat ituu! ader lagi kah??! jgn abeskan wehhhhh...

    ReplyDelete
  7. anie
    itu yang best kalau balik kampung kan..boleh bawak macam2 yg mak bagi :D
    i pulak kurang suka durian but now dah pandai sikit makan kuih ada durian mcm ni


    Rima
    frozen durian??? haiyyyyo kat rumah my mother pun ada jugak...halamakkkk kenapa lah i boleh lupa nak bawak balik skali ye? hihi macam semua nak di bawak balik eh :D



    izah
    susah ye nak cari lempuk kat sini. kalau kat pasar kota baru tu berlambak2 and murah je seketul...yg ni akak guna seketul lempuk je...if only ada beli bnyk sikit, boelh akak bg izah skit..


    hana
    w'salam
    habis dahhhh...lambatsgt datangnye hahaha :D

    ReplyDelete
  8. ting tong! akak! nk juga kuih seri muka yg lazat itu...wah ada lempuk lagi saya suka la lempuk kalau diberi pilihan lempuk ngan durian fresh ni suka lagi lempuk tau...nampak cun dh la kuih akak tu kepala yg tebal tu yg saya suka sangat..sedapnya!

    ReplyDelete
  9. Zarin

    harus, musti, wajib ai wat ni...tungguuuu :)

    ReplyDelete
  10. rasa nak nangis enngok, sedapnya.. i tak dapek lagi makan durian tahun ni.. huwaaa

    ReplyDelete
  11. nieza
    akak pulak lg suka durian fresh tu..lempuk ni tk tahan bau dia..well, bau durian pun akak tk suka..kiranya bukan hantu durian la..tp akak suka serimuka durian ni hikhik
    lupa plak, sengaja dibuat kepala yg tebal tu sebba akak simpan sikit pulut utk anak akak yg hanya makan pulut je


    yat
    cepat buat..hihi..sedap u

    lady
    belum musim lagi kot...sabar...nanti dah musim buleh mkn byk2 :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails