Friday, February 25, 2011

lunch separa segera ;-)

 

kenapa separa segera? sebabnya kena goreng ayam and buatkan acar masak nih ;-)

003

 

makan pulak dengan kari kambing orang bagi nih…hmmm sedappppp ;-)

004

almaklum laaa ada makcik bagi gulai kambing ni maka saya terima je lah dengan hati yang berbunga riang cakap aje lah yang awak tu suka makan kambing kan senang citer walaupun masa nak amik gulai tu macam malu malu kucing je lagaknya ;-P

anyway, sebab nak makan gulai kambing ni maka saya buatkan acar masak yang simple ni.. resepi ni pun saya main ingat ingat je macam mana mak mentua saya slalu buat..sedap gak kat tekak kami hikhik

bahan bahan 

1 batang timun

1 batang carrot

2 ulas bawang putih 

2 biji bawang merah yang sederhana

1 tbsp cili giling

3 tbsp apple cider vinegar (boleh guna cuka biasa ye)

3/4 cawan air

1/2 tsp serbuk kunyit

1/2 tsp biji sawi

garam dan gula secukup rasa

sedikit minyak

Cara-cara

potong dadu kecil kecil  bawang putih dan mayang bawang merah

then potong memanjang carrot dan timun and rendam dalam air garam

Panaskan minyak and tumis bawang putih

then masukkan serbuk kunyit dan cili giling and tumis hingga berbau wangi

then masukkan air. biar kejap hingga mendidih then baru masukkan timun,carrot, vinegar, biji sawi, bawang merah dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya

kacau sekejap then tutup api

005

10 comments:

  1. sedapnya acar tu kami panggil acar rampai

    ReplyDelete
  2. Assalam zarin, sedap nampak acar masak tu, akk tak tau buat tau mkn je hehe, rangup tak timun tu zarin

    ReplyDelete
  3. whitecappuccino
    tertawan? tergoda? hihi


    chik mi
    owh ye ke? kami panggil acar masak sbb kena masak hihi ye kot

    ReplyDelete
  4. heee siap buat acar lagi tu memang rajin sungguh u ni.. i suka kamben gak, paling suka tang kaki n peha dia la heheh

    ReplyDelete
  5. kak rosaliza
    saya pun 1st time buat hihi dulu asyik makan yg mak or mak mentua buat je
    rangup timun tu..krupkrap je bunyinya :D

    ReplyDelete
  6. lady
    kalau tkde acar mcm tk kick pulak kari kamben tuh..itu pasal lah gamble je buat acar tuh..sib baik menjadi :D

    ReplyDelete
  7. i panggil ni acar darat.. kalau buat nasi yg ada color2 confirm nak buat acar ni..


    syiok nye dpt kambing free, i like!!!

    ReplyDelete
  8. salam kakak zarin,
    wahhhh dah mcm laun perantin nih...tutup mata la..kalau tgk lama2 nanti, terliuq lak...hahhahaha

    ReplyDelete
  9. DLL
    i ingat acar darat tu yg biasa buat yg tk payah masak tu..buka eh hihi
    i pun suka kalau ada org bagi gulai kambing free kan! :-)


    hani
    kikiki pengantin lama makan sempena 9th anniversary semalam :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails