Monday, February 14, 2011

ikan kerisi singgang pedas

 

2011-02-122

 

i have a confession to make.  seumur hidup tak pernah masak and makan singgang pedas ni walaupun slalu tengok mak mentua masak bila balik kampung. the other half pulak suka makan ikan singgang pedas ni tapi tak pernah suruh i masakkan sebab agaknya mak dia masak lagi sedap kot ;-)

then, semalam out of the blue tetiba dia mintakkan i masak ikan kerisi singgang pedas…mak aihhhh sungguh tak reti nya sebab all this while mak mentua yang buat and i tak pernah amik kisah pun camner nak buatnya sebab i tak pernah teringin nak makan tapi sebab takut nanti ada orang kempunan nak makan singgang maka i dengan baik hatinya agree aje lah…

lepas beli ikan kerisi, terus call mak mentua tapi mak mentua takde lah pulak…hadoiiiii terpaksalah guna khidmat encik google and bila dah google terjumpa lah resepi singgang ikan kat rumah kak nor ni :D

tima kasih ye kak nor, suami saya kata sedap and dia suka…pasni boleh masak singgang lagi lah gamaknya ye :D 

 

 

 

ini resepinya, saya cnp je dari kak nor

 

BAHAN BAHAN

1 ekor ikan kerisi
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1bj cili merah
3 bj cili api merah ~ ni kalau nak lebih pedas
1/2 in kunyit hidup
3 hiris lengkuas
3 keping asam keping
secubit belacan ~ jika suka
garam
sedikit gula ~ jika suka
daun kesum
air

saya masukkan beberapa biji tomato cherry

cara cara
Blend/kisar bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api, kunyit hidup dan belacan.
Masukkan ke dalam periuk (kalau guna periuk tanah lagi sedap) dan masukkan air secukupnya.
Masukkan juga asam keping dan lengkuas.
Masaklah hingga kuah mendidih dan masukkan ikan kerisi serta garam.
Tunggu sehingga kuah mendidih baru la dimasukkan daun kesum.
Masakkan sekejap lagi baru la dipadamkan api.
Hidangkan panas2 dgn nasi putih dan sambal belacan.

 

source: secubitgaram

 


2011-02-123

15 comments:

  1. kak...kalau hubby saya suke makan cenggini alangka bahagianya..ahaaa.. tak susa mana pun kan buatnya..saya pun tak pernah lagi seumur hidup buat ni..eh ada kot masa anak2 dara dulu sebab arwah abah suka makan.tapi dah jadi mak dara ni tak pernah lagi ler...

    ReplyDelete
  2. oooo patut le semalam akak lalu depan rumah zarin, bau ikan singgang...hihi

    best2...tambah2 lagi makan dengan sambal belacan... :)

    ReplyDelete
  3. assalam zarin, tak sangka pulak suami zarin suka singgang pedas ya.. dia org tgg ke? tp apapun tak leh lawan air tangan ibu kan.. hehe.. kena belajar tu dr MIL :)

    ReplyDelete
  4. izah
    memang senang nk membuatnya tp akak yg malas sbb akak tk makan :D



    kak kasih
    ehehe kuatnya bau ye kak :D
    memang sedap mkn ngan sambal belacan kan


    kak nor
    suami saya org kemaman sbb tu suka singgang pedas kot :D
    itu lah balik kg nanti kena blajar ngan MIL pulak

    ReplyDelete
  5. 'tapi tak pernah suruh i masakkan sebab agaknya mak dia masak lagi sedap kot' maybe there is truth in this. :} i too never ask the wifey.

    p.s just kidding. i'm not into rice but with that lauk, i sure can eat two pinggan.

    ReplyDelete
  6. macam sedap je nampak singgang pedas nih... chik na selalu masak singgang ikan tenggiri cara kelate je tapi hubby x suka sebab tak pedas katanya.. tapi anak-anak suka sgt

    haa.. nanti boleh try resipi singgang pedas ni..kut-kut hubby suka..

    kena masak guna ikan kerisi je ke? ikan apa lagi yg sedap buat singgang pedas nih..

    ReplyDelete
  7. noir
    i think he knows that i don't like it very much but after masak sendiri semalam i think i like the gravy tu je and not the fish
    emmm..he ate a lot yesterday..lepas gian u


    chik na
    zarin pun slalu masak singgang klate tu, yg ni pedas2 masam..seadp arrr
    cuba tengok kat kak nor, rasanya kak nor ada taruk ikan patin, tenggiri and aji aji... zarin taruk kerisi sebab MIL slalu guna kerisi

    ReplyDelete
  8. Zarin,

    Btol kata Izah tu, kalau my hb suka mkn lauk mcm gini kan mmg bahagia hidup ku. Ni kalau tanya dia, teringin nak masak apa....balik2 jawab roti canai malas arh nak tanya lagi...hahahaz

    ReplyDelete
  9. huwa i tengah selsema kalau leh hirup singgang ni panas2 bahagianya..

    ReplyDelete
  10. perghhh sedapnya hirup kuah ni panas2 kan...tapi my hubby tak minat sgt...dia suka kari mamak jer...hehe

    ReplyDelete
  11. anie
    muahaha..roti canai ye :D
    my hb senang je, dia mkn apa sj just that i am super duper lazy nak buat for him only...i yg tk suka sebenarnya


    lady
    i pun suka hirup kuah ni...ikan tu i tk mkn


    nieza
    hb akak kurang sikit kari mamak...

    ReplyDelete
  12. Salam Zarin,

    Masakan ni, (selepas baca recipe nya...hehe!) kalau di sebelah Perak namanya gulai masam/asam rebus. Nak masaknya memang senang, tapi I tak berapa suka... masa kecik-kecik my mum masak ni bila ada sesape yang tak sihat badan. That explained why I kurengs suka this dish! :))

    ReplyDelete
  13. lili
    oh ini dia asam rebus ye! pun tk pernah makan lagi hihi :D
    agaknya your mom masakkan ni sebab bila tk sihat tekak mesti nk mkn yg masam2 kan...

    ReplyDelete
  14. klau xde daun kesum jadi x?sbb susah la nk dptkan daun kesum huhu

    ReplyDelete
  15. yity
    boleh je kalau tk taruk daun kesum. daun kesum tu nak kasi wangi je...MIL pun slalu gak tak atruk daun kesum..cuba lah...who knows u might like it :-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails