Thursday, April 21, 2011

spicy spicy spicy penne salmon

 

memang tersaaangatlah spicy nya sampaikan terasa bibirku seksi macam bibir angelina jolie ler pulak hahaha :-D

017

sebenarnya masih ada leftover roasted salmon dinner 2 hari lepas tu. nak buang macam sayang, so seperti biasa mesti di recycle kan! asalnya nak buat lunch for me jek tapi biasa lah bila tengah hari tu memang takde mood langsung nak singgah kat dapur tu..sudahnya itu yang i bawak menu ni ke dinner aje lah…

 

i think dalam banyak banyak pasta, i paling suka makan penne sebab ntah lah..i rasa tekak i suka penne ni sebab dia yang macam boleh je absorb apa je spices yang dimasak together with it..eh, itu kata tekak i lah ye! my other half suka vermicelli jek and hasya pulak suka segala jenis mak nenek makcik pakcik pastu tuh, bagi jek apa lenis pasta kat dia memang dia suka and memang dia tak tolak lah ;-) 

018

hokkay, here’s the recipe…basically macam yang i slalu masak kat sini and sini je cuma tukar2 sikit jek ;-)

BAHAN BAHAN

penne (ikut suka banyak mana nak) di rebus sehingga lembut – boleh juga guna farfalle, fussili or macaroni or spaghetti

1/2 biji bawang besar – di potong dadu kecil kecil

1 biji bawang putih – di potong dadu kecil

1 biji green capsicum di potong serong (beli yg ijo jek sbb yg tu murah hahaha)

10 biji cili api (patut la pedas ke telinga) di tumbuk tapi jangan sampai lumat, cukup sekadar 2-3 kali ketuk je

beberapa biji olives – i suka banyak

1/2 ketul grilled salmon carik carikkan kecik kecik – cara nak grill – sapukan lemon juice, pepper n salt n bakar je dlm oven selama 15 minit pada suhu 200 C or boleh je guna tuna flakes in can

pepper – i pakai ground pepper je

sedikit olive oil untuk menumis (dlm 2 – 3 tbsp )

garam secukup rasa

sedikit grated parmesan cheese untuk di tabur nanti

CARA CARA

panaskan olive oil

tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili api sehingga naik bau

kemudian masukkan salmon, kacau sehingga salmon agak garing

then masukkan capsicum, garam, pepper (i pakai ground pepper dlm botol tu, cukup 2-3 kali shake je) serta penne tadi

kacau kejap biar sebati and then tutup api…

masukkan dalam pinggan dan taburkan parmeesan cheese dan sedia untuk di hidangkan!

 

2011-04-20

eh, tetiba i wonder…kalau masak macam gini the other half boleh pulak makan salmon tu…hmmm agaknya dia tkleh makan salmon sebijik sebijun kot…kena hancur hancurkan macam ni kot baru sedap kat tekak dia :-PP

6 comments:

  1. Something new...truly delicious! :D

    ReplyDelete
  2. mas suka yang pedas2..he..he..
    baru best kan kak...

    ReplyDelete
  3. sedap2

    bila cerita tak leh makan sebijik camgitu je...sama kes anak akak...tak leh makan sotong sebab geli.So kalau masak mee, akak kena potong kecik2 agar tak nampak rupa paras sotong tu lagi, baru dia boleh makan :)

    ReplyDelete
  4. love
    delicious to me and my tummy hihi


    mas
    bila pedas baru sedap nk makan kan!


    kak kasih
    hihi cara anak akak makan sebijik macam saya kena masak sotong utk hasya, hasya pulak tk suka mkn lauk jadi ekna potong kecik biar sotong tu jadi rupa mcm pasta gak :D

    ReplyDelete
  5. hehe... memang kena kreatif ek nak bagi makan ni. tapi hhubby saya lak kan kak, dia memang tak makan bawang.potong hlus2 pun still dia pilih2 kan bawang letak tepi pinggan.teliti betui..hehehe

    ReplyDelete
  6. izah
    bawang la sedap kan hihi tapi dulu pun akak tk suka bawang..ntah tatau camner now dah tersuka plak :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails