Monday, October 4, 2010

rich chocolate pudding lenkali baca betul betul

 

haaa lenkali baca betul betul instruction tu…jangan baca separa separa je…

i lah tu…i ni kan sungguh jarang sekali buat puding puding ni sebab asyik jadi terkeras je and kalau tak keras, dia jadi lembik bangat pulak sampai nak suap ke mulut pong asyik jatuh je…hehe kesian hasya yang suka makan puding and jello tapi mak dia tak pandai membuatnya

aaaaanyway, i nak citer skit ni. itu hari i nampak yat buat rich chocolate puding ni…korang kalau nak menjamu mata dengan puding sila lah ke rumah yat tu…selalu bebenor dia buat puding and jello tau sampaikan anak i pun tiap kali ternampak jello kat blog yat, mesti mintak i buat jugak

eh, jauh pulak i korner ye! okay, i try buat puding ni itu hari and memang sedap sangat rasanya…terasa kecoklatannya tau!

eh, actually kan i nak bagitau, masa i buat puding ni i baca tang bahan bahan and cara cara dia je

pastu kan bila dah nak habis tu baaaaru i perasan ada tips rupanya

haaaa akibat tak baca betui betui maka tengoklah, betapa susahnya i nak keluarkan puding tu dari acuan dia tuh… huh, bughok bebenor ghupanya :D

 

008

 

Bahan-bahan

1/2 cawan serbuk koko

1 cawan gula

1/2 cawan susu tepung

1/2 sudu teh garam

4 1/4 cawan air

4 sudu besar tepung jagung

1/2 sudu teh esen vanilla

3 sudu besar butter

1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

 

Cara-cara

Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.

Masukkan butter, kacau hingga pekat.

Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai

 

 

 

 

 

ni je yang berjaya nampak cantik skit masa keluar dari acuan tu..lelain sumer fail ;-P

 

 

004

 

 

ini dia tipsnya

psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

 

hmm sib baik ada sikit lagi yang belum di tuang dalam acuan masa i terbaca tips ni…so, tengoklah yang ni cantik je bila dah di keluarkan dari acuan tu

 

 

001

6 comments:

  1. salam zarin, wah..cantiknya puding...baru mas tahu cara nak senang keluarkan puding tu..patut la susah mas nak keluarkan puding, rupanya basahkan jer bekas puding tu...lepas ni boleh try petua tu..maceh zarin...

    ReplyDelete
  2. Made this pudding b4...recipe KakJun kan. Mmg sukeeeee! :D

    Hehe, I pun sama gak dulu...After sifus bagi tips...baru tau. Karang dah ok...

    Nak ambik sikit for me n kids...:D

    ReplyDelete
  3. ooo mcm tu rupanya yer.. patut la masa i buat agar2 santan itu hari kemain susah nak keluarkan.. sampai kene korek ngan sudu tapi part kene korek tu tpaksa la i sorokkan bila nak ngambik gambo kikiki..

    ReplyDelete
  4. mas
    itu la.zarin pun baru tahu ni ;-)


    love
    alolo love u dtg lambat la..habis dah puding anak i makan hihi


    lady
    pandai gak lady sorokkan part kena korek tu...i punya ni takleh nak sembunyi..haish terang benderang nampak kena korek ngan lidi ;-)

    ReplyDelete
  5. hehehe..itu puding sudah smpai sini...lama x buat!

    ReplyDelete
  6. zarin.. wah cantek2... dah lama teringin nak buat ni...dah lama juga salin resepi kat blog potretkasih.com tu...hehhehe tapi xterbuat2 lg:-).. dah tgk zarin buat ni makin teringin nk rasa:-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails