Saturday, January 29, 2011

lapis hawflakes orange for his wedding

 

 

 016

harapnya tak tergolek dawg lah kek ni all the way from kl to klantan nanti ye!

kalau tergolek dawg jugak, maunya nanti i taruk hawflakes je nanti dalam dulang hantaran tu hahaha :D

hajat hati i nak buat cupcakes macam ni je sebab i yang suka sangat dengan swans tu…ini gambar lama ye! early last year kot i buatkan cupcake ni for a fren’s sister

2010-03-251

 

tapi sebab my mom nak jugak layer cakes maka i buat je lah hawflakes layer ni. btw, layer cakes ni kan tahan lasak and lebih sedap if nak compare with cupcakes fondant macam kat atas tu..owh! itu kata tekak i ni ye! tekak orang lain, lain pulak rasa dia

2011-01-288

well, lucky me coz the other day ternampak hawflakes layer ni at rima’s and as usual rasa nak makan tu mula lah datang heheh i yang nak makan sebenarnya kan! sebab tu i tk kisah bila mak i suh buat layer cake :PP

hokkay, here’s the recipe, copied from here ! to both of them, thanks a bunch for sharing this wonderful recipe ye!

lapis hawflakes orange

Bahan A
300gm mentega
150gm gula kaster  (saya guna 120gm shj)
14 biji kuning telur
5 sudu makan susu pekat manis

Bahan B
150gm gula kaster  (saya guna 120 gm sahaja)
7 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk krim of tartar


Bahan C
180gm tepung Hong Kong
1 sudu teh serbuk penaik


Bahan D
1 sudu teh pewarna oren (saya guna wilton gel kaler oren )
2 sudu teh pes oren 


Bahan D
10 bungkus asam keping hawflakes


Bahan Sapuan (3 sudu makan majerin + 2 sudu makan susu pekat manis) – saya guna melted butter sahaja 


Panaskan ketuhar pada suhu 175c selama 15 minit. Sediakan tin pembakar 8in x 8in (loose base tin)


Cara-cara :

1. Bahan A : Satukan mentega, gula kastor, susu pekat manis dan esen vanila dalam mangkuk adunan. Pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 minit hingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati. Tuangkan adunan mentega ini ke dalam mangkuk yang besar, ketepikan.

3. Bahan B : Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula kastor dan krim tartar. Pukul lagi selama 5 minit hingga adunan kembang dan bertanduk.

4. Bahan C : Masukkan tepung Hong Kong dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi. Gaul perlahan-lahan hingga sebati.

5. Tuangkan pula adunan putih telur tadi. Gaul hingga adunan bercampur rata.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.  Satu bahagian dicampur dengan bahan D (pes oren dan warna oren) dan satu bahagian lagi dibiarkan dengan warna asal.

6. saya masukkan sebanyak 5 tbsp adunan warna asal ke dalam tin pembakar, ratakan dan bakar dengan api atas dan bawah selama 10 minit atau hingga kek berwarna perang.

7. keluarkan dari oven dan ratakan dengan presser (boleh juga guna sudu makan) agar keluar air bubble

 
8. then sapukan permukaan kek ini dgn sedikit bahan sapuan.

9. Kemudian masukkan 5 tbsp adunan oren sebagai lapisan kedua. Susun kepingan asam manis dan bakar dgn api atas sahaja hingga masak.

10. ulang proses ini sehingga habis adunaan. selang seli antara warna asal dengan warna oren, hawflakes cuma untuk lapisan oren sahaja. dan jangan lupa tekan setiap lapisan bila dah siap di bakar ye!

Untuk lapisan akhir sekali, saya guna warna oren dan bakar dulu selama 7 minit guna api atas sahaja

kemudian keluarkan bekas tadi dan balut dengan aluminium foil dan masukkan balik bekas tadi dan bakar lagi selama 15  minit guna api atas dan bawah ye!

note ** kalau masa membakar lapisan yang makin atas, turunkan bekas bakar tu ke bahagian bawah sikit ye sebab takut terhangus pulak. selalunya saya taruk kat middle rack tu and bila dah last last tu saya taruk kat rak paling bawah je

source: bisousatoi and citarasawan

2011-01-287

hokkay peeps! got to go now and hope you’ll have a wonderful holiday coz i know i will have one :-)

15 comments:

  1. Yooohhhoooo Zarin,

    My blog list dah ok kot. I pun click lah, belayar sampai ur blog secepat kilat nie. Ambboooi cantiknya ur kek lapis, kemas jer lapisannya. Potong pon straight ajer I tgk. U guna gergaji eh babe?? wekekekez....

    Anyway, enjoy urself. Pandu cermat, jiwa selamat (pasang ads kejaps) :D Semoga selamat sampai and selamat pulang. Congrats to ur bro ;)

    PS : dawg tu aper kebenda arh? Mcm American Idol's judge, si Randy punya dawg ke?? :ppppp

    ReplyDelete
  2. anieeee
    eh u bawak jet apa ni laju betul sampainya ni hahaha i pakai pisau ikea yg panjang mcm gergaji tu..pandai eh u teka :D

    eh babe! i pun tatau dawg tu apa tp org slalu ckp tergolek dok ke dog ke dong ke i pun tatau so i cakap la dawg...mcm sedap je tekak i dengar, eh telinga i dengar

    ReplyDelete
  3. Kak Zarin, sungguh ayu kek ni kak...mata saya tak berkedip nengok lapisan kek tu....lawa sungguh bilala saya dapat buat lawa mcm ni...hehe btw selamat jalan yer kak..semoga selamat pergi dan selamat blk..:)

    ReplyDelete
  4. akak..saya kagum betul kek lapis akak ni laawaaa je..cantik laaa..kemas..lapis elok..semua semua la kek lapis akak buat cantikk je..ishh ishh..bila la nak try melapis ni..ngeri je nak try tu..hehe

    ReplyDelete
  5. nieza
    thanks ;-)
    sure u boleh buat nye lawa lawa mcm tu...ikut je mcm akak ckp, 5 tbsp each, n bakar, pastu press pastu dpt la mcm tu


    izah
    try la izah, akak dulu pun takut je tp once dah buat dah suka pulak

    ReplyDelete
  6. babe..

    lama sungguh tak melilau di angkasaraya.. ni baru sempat ziarah u.

    argh.. i nak mood u melapis.. so far belum mari2 lagi..
    skill u makin dasat lah.. sama je potong.. pakai ruler ka hapa?

    have a safe journey!

    ReplyDelete
  7. kak zarin....tabik la ngan akak ni...cantik betul kek lapis tu....suka mas tengok...

    ReplyDelete
  8. alahai seninya kek ni...
    akak ni jenis kurang seni ...kalau akak potong kek, berbulu2 kek tu...hihi

    ReplyDelete
  9. makkk aiiii zarin...rajinnya melapis..akak ni dok kat kuching dah bertahun pun tak pernah lagi buat kek lapis...makan jer rajin...heheheh

    ReplyDelete
  10. hann
    i tk pakai ruler tp pakai pisau panjang je :D
    thanks eh babe!


    mas
    akak pun suka kikiki, lepas penat melapis, terus masuk mulut makan :D



    kak kasih
    camner boleh jadi berbulu kek akak tu kak? hihi nanti one fine dday kita jumpa ye kak! nanti saya bagi akak rasa kek ni ek


    ezadlieza
    kalau saya dok kuching pun saya tk buat kek lapis ni, mesti hari hari saya pi kampung apa tu ye yang kena naik sampan dulu baru sampai kedai kek yg boleh rasa rasa dulu kek dia tu...heee maunya hari hari saya pi kedai kek tu ahaha :D

    ReplyDelete
  11. zarin,

    I think, those yang master the art of melapis ni, adalah seorg yg sangat penyabar, which is so unlike me. sebab tu i cannot melapis. i envy u.. huhuhu

    ReplyDelete
  12. Rajin betul Zarin melapis lately ye... Terjangkit virus Rimalah ni agaknya... Memang pun kek lapis tu lg sedap nak ngap dari fondant tp kek fondant tu lagi cun... Kalau dpt pun rasa syok je nak mkn pun syg...

    ReplyDelete
  13. Assalam zarin,
    wah kek lapis ni dah aim lama dah,
    buatnya tak buat2 ..hehe..
    cantik lapisannya tu zarin..

    ReplyDelete
  14. zarin, where r u?? rindu la nak tgk what's cooking in ur kitchen :(

    ReplyDelete
  15. shidah
    i ni tkla sabar mana tapi sebab i suka sgt tengok n makan kek lapis tu maka i rajin la buat ehehe :D

    p/s
    i baru balik on monday, lama betul i dok kampung kali ni ;-)


    murni
    ha ah..memang dah terjangkit la kot hihi
    kek fondant memang cun tp mcm kata u, nk makan pun sayang kan!


    kak ayu
    cuba lah buat..sedap u

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails