Sunday, January 10, 2010

090110 - roasted lemon chicken and pasta salad



ini dinner malam tadi
sepatutnya ini menu malam sebelum tu
tapi sebab suami zarin ada golf and dinner skali dengan clients dia
dan jugak sebab zarin kekenyangan makan apple pie
jadi zarin simpan aje lah untuk malam tadi
nasib baik bahan marinade ni kalau di simpan overnight lagi sedap rasanya :)



grilled lemon chicken


resepi ni zarin ambil dari mamafami (kalau u all ada terbaca kat sini)

okay ini resepinya
resepi ni zarin dah tukar ikut selera zarin dan ikut apa yang ada kat rumah zarin tau!
kalau sesiapa nak resepi yg original sila click kat mamafami ye!

BAHAN BAHAN :

12 ketul ayam(zarin slalu beli ayam yang dah siap di potong)
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar extra virgin olive oil (evoo)
1 sudu besar mixed herb (basil,oregano,thyme and rosemary)
1 sudu besar black pepper ~ crushed (zarin guna blackpepper yang dah siap crushed yg dlm botol tu)
1-2 biji kentang, cuci dan di potong 4
1 biji bawang besar di belah empat
1 biji karot di potong dadu memanjang
1 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar lee kum kee chicken marinade sauce
garam dan gula secukup rasa

CARA CARA :

1. cuci ayam dan toskan.
2. tumbuk bawang putih
3. dalam bekas besar, masukkan evoo, black pepper, sos tiram, sos marinade, garam, gula dan bawang putih tadi.
4. masukkan ayam dan salut bahagian ayam tadi dengan bahan marinade tadi. tinggalkan sedikit sos tadi untuk di gaulkan dengan kentang, bawang dan carrot
5. hiriskan lemon dan perahkan juice lemon ke atas ayam tadi dan letakkan lemon di sekeliling ayam tadi
6. tutup dengan aluminium foil dan perapkan di dalam peti sejuk selama 1 jam. untuk lebih sedap perap sekurang kurangnya 4 jam (zarin dah perap selam satu hari satu malam :))
7. gaulkan lebihan sos marinade tadi dengan kentang, bawang dan carrot. biarkan
8. bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 degree selama 30 minit.
9. keluarkan dari oven dan terbalikkan ayam tadi serta masukkan kentang, bawang, dan carrot. bakar lagi selama 30 minit lagi
10. dah siap..ayam ni sedap di makan dengan salad atau mashed potato tapi zarin makan dengan salad sebab suami zarin tk suka sangat mashed potato
bila nak makan tu curahkan gravy chicken tadi ke atas chicken ye!...lagi sedap rasanya



ini pula resepi pasta salad

BAHAN BAHAN

1/2 cawan fussili (pasta yang macam spring tu) - di rebus sehingga lembut
daun salad - crik carikkan biar kecil (ikut suka banyak mana nak)
12 biji tomato cherry (zarin tk belah pun sebab tomato ni kecil saja)
1/2 biji capsicum di potong memanjang
2 sudu evoo
2 sudu lemon juice
sedikit gravy dari ayam tadi


CARA CARA
masukkan daun salad, tomato cherry, capsicum dan pasta
masukkan evoo, lemon juice dan gravy tadi
gaulkan
dah siap...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails