Wednesday, January 27, 2010
260110 - asam pedas ayam
ini salah satu masakan ayam kegemaran zarin
baru merasa masakan ni sewaktu berkunjung ke rumah kawan zarin tahun lepas
bila dah rasa tu, tersuka lah pulak kan!
jadi terus zarin tanyakan resepinya..
semalam zarin masak asam pedas ni untuk makan tengahari
sebabnya suami zarin yang bekerja di rumah tu tetiba je bagitau yang lunch appointment dia dah cancel
jadi nak makan kat rumah je..
kelam kabut jugaklah semalam zarin masak :)
selalunya kalau zarin sorang je, tengah hari tu makan ala kadar aje lah
okay, ini resepinya
BAHAN BAHAN
- 1/2 ekor ayam (zarin suka ayam tu di potong kecik kecik, smlm zarin masak 5 ketul je )
- 1 biji terung bulat atau beberapa biji bende (semalam zarin taruk bende)
- daun kesum
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 cawan air (kurangkan air kalau nak kuah lebih pekat)
4 biji bawang merah - di kisar (zarin suka tumbuk)
2 ulas bawang putih - di kisar (zarin suka tumbuk)
1/2 inci halia - di kisar (zarin suka tumbuk)
1/2 inci kunyit hidup - di kisar (zarin suka tumbuk)
1/2 inci lengkuas - di kisar (zarin suka tumbuk)
1 sudu kecil lada hitam biji(*ditumbuk lumat2)- zarin suka banyak lada hitam jadi zarin tambah juga serbuk lada hitam.
3 biji buah keras (*ditumbuk lumat2)
5 sudu cili kisar
garam dan gula secukup rasa
CARA CARA
- cuci ayam dan toskan
- potong bendi dan bersihkan daun kesum dan bendi
- then panas minyak dalam periuk and sila lah tumis bahan tumbuk tadi hingga harum baunya
- then masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak
- then masukkan ayam and kacau kejap and then biarkan ayam kecut sedikit serta mesra ngan bahan tumis tu
- then masukkan air asam jawa dan juga bendi serta daun kesum
- Taruk garam dan gula secukup rasa
- biarkan mendidih sampai ayam dan bendi lembut
(masa mendidih ni zarin akan masukkan sedikit lagi serbuk lada hitam sebab zarin suka byk lada hitam :))
then dah siap serta boleh lah di makan dengan nasi panas dan daging masak hitam manis
Labels:
chicken
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment