Wednesday, January 20, 2010

190110 - macaroni bake



minggu lepas, asyik makan nasi je
jadi semalam tekak kami sekeluarga meminta minta nak makan makanan omputih pulak
jadi zarin buatkan aje lah simple macaroni bake and mushroom bruschetta
resepi bruschetta tu nanti zarin taruk ye!
kita citer pasal macaroni dulu ye!
zarin suka bake macaroni ni sebab ianya tersangatlah senang nak membuatnya
dah lah senang, rasanya pun sungguh lajat
itu bagi zarin dan keluarga lah ye!
lain orang lain tastenya kan!


okay ini resepinya

BAHAN BAHAN
1 cawan macaroni di rebus dengan air mendidih dan 1 tbs evoo sehingga lembut. toskan dan ketepikan

1 biji kentang - di hiris nipis

1 biji bawang besar di hiris nipis

1/2 cawan mozarella cheese (agak agak boleh menutup permukaan macaroni )

100 ml thick/heavy cream

garam dan pepper secukup rasa


CARA CARA

masukkan kentang ke dalam baking pan (menutupi bahagian bawah pan) - sebagai lapisan pertama

kemudian tabur hirisan bawang besar - lapisan kedua

taburkan garam dan pepper

taburkan macaroni - lapisan ketiga


taburkan mozarella cheese sebagai lapisan keempat

lapisan atas sekali ialah thick cream/heavy cream tadi (sapu agar menutupi lapisan cheese tadi

bakar di dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 200 degree C selama 20 minit

bila oven dah bunyi n lapisan atas tu warna keperangan..maknanya dah masaklah tu..

cepat dan senang kan!

okay selamat mencuba :)




macaroni yang baru keluar dari oven :)



p/s
kalau nak taburkan garam dan pepper di setiap lapisan pun ok jugak..cuma pandai2 lah budget kemasinan garam tu ye!

2 comments:

  1. babe..evoo tu ape ek..hihi i tak penah guna n beli..pastu thick cream tu u beli brand ape..dalam kotak ek?tekak i dah terasa nak mkn niiii

    ReplyDelete
  2. extra virgin olive oil tp kalau tkde, taruk minyak biasa pun tkpe :)
    sbb pakai pun sikit je..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails