Wednesday, January 20, 2010

180110 - kueteow goreng




lama sungguh zarin tak makan kueteow goreng kat rumah ni
hari isnin hari tu tetiba je tekak ni terasa nak makan kueteow goreng
jadi, lepas tengok wayang tu, terus je zarin beli bahan2 kat JJ tu

sebab lama sangat tak makan kueteow goreng
maka habis licin kami sekeluarga makan malam tu
gambar tu pun tak sempat zarin nak taruk make up biar cantik sikit..
semua dah kebulur..dan yang paling suka makan ialah hasya
bertambah tambah dia makan
nampak gayanya kena buat lagi lah ni :)


okay ini resepinya...rsanya semua dah tahu kan!

BAHAN BAHAN

600 g kueteow
1 ikat daun kuchai - dipotong2
Taugeh...(sesuka hati lah nak banyak mana ye!)

10 - 15 ekor udang (ini pun sesuka hati jugak)
1 ekor sotong - di potong2 kecil (ini pun sesuka hati nak banyak mana)
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 ulas bawang merah dicincang halus
1 camca besar cili kisar (zarin taruk sikit je sbb hasya tk suka pedas)

2 biji telur

2 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
1 camca besar sos cili (zarin tk masukkan)
4 camca besar kicap lemak manis
garam secukup rasa

1/4 cawan air
minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Cuci kueteow. Tos dan sejatkan.

2.Cuci taugeh dan daun kucai .toskan. Ketepikan.

3. panaskan sedikit minyak dan masukkan telur..jadikan macam scramble egg. keluarkan dari kuali and ketepikan

4.Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.

5. Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan kacau rata

6. masukkan udang dan sotong. masukkan air biar hingga mendidih

7. Bila mendidih, masukkan kueteow, kecil kan api dan gaul kueteow hingga rata.

8.Masukkan daun kuchai, taugeh dan telur tadi

9. masukkan garam dan kacau rata dan tutup api dapur

11. boleh di hias dengan daun bawang, cili merah, bawang goreng dan limau kasturi

zarin punya kueteow ni pun cukup nasib baik sempat amik gambar..kejap je dah hilang

selamat menjamu selera


2 comments:

  1. wow.. nampak menyelerakan la zarin.. i suka kueh teow yg warna gelap cenggini.. kicap tu pakai kicap pekat ke zarin?

    know what, last few weeks i beli kueh teow sbb teringin nak makan kueh teow ladna.. i simpan kueh teow dalam peti ais dua hari, bila nak masak keras mcm batu, ya ampun... tensen i... basuh pun tak mau lembut, i keluarkan dari peti ais 3 jam pun tak nak lembut.. finally i masuk dalam microwave n panaskan 2-3 minit, nasib baik lembut hihi..

    tapikan, kueh teow ladna i sungguh la tak sedap...hihi i sangat tak pandai masak kueh teow, bihun ngan mee.. heheh...

    thanks for sharing this recipe.. looks yummy, boleh i try nanti..
    :)

    ReplyDelete
  2. lady
    i pakai kicap lemak manis kipas udang je..
    btw, i dah betulkan dah kat entry tu

    i pernah kena jugak kueteow jd eras after taruk dlm peti ais, pastu i terus buang...lupa plak boleh masuk microwave ye!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails