Sunday, January 24, 2010
210110 - paprik campur
lama jugak zarin tak masuk dapur ye!
minggu ni zarin tak masak sangat..
banyak makan di luar ataupun beli saja :)
biasa lah tu kan..kadang kadang mood memasak datang
kadang kadang mood memasak tu lari
paprik ni, zarin masak hari khamis itu hari
tapi lupa pulak nak update
okay, here's the recipe
BAHAN BAHAN
sedikit ayam - dipotong kecil2 dan di cuci, kemudian toskan
beberapa ekor udang, di cuci dan di toskan
2 ekor sotong - di potong kecil, di cuci dan di toskan
2 ulas bwg putih - diketuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
5 biji cili padi - diketuk
1 biji cili besar - di hiris serong
1 tbs cili giling/yang dah di blender
1 tbs tomato puree
1 tbs sos cili
2 tbs sos tiram
2 tbs kicap lemak manis
1 biji limau kasturi
3-5 helai daun limau purut
sayur seperti bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot, brocolli dan jagung muda
minyak untuk menumis
CARA CARA
1.Panaskan kuali. masukkan ayam, goreng sekejap sehingga hampir garing
2.Masukkan cili giling dan bwg putih,kacau sekejap.
3.Masukkan tomato puree, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air.
4. masukkan udang dan sotong, kacau rata sehingga udang dan sotong hampir masak
5. kemudian masukkan serai, cili padi, cili besar, daun limau purut dan sayur-sayuran.
6.Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan perahkan limau kasturi serta masukkan garam secukup rasa
siap...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
makan dengan nasi putih sedap paprik ni kan..
ReplyDeletelady
ReplyDeletebetul tu...paprik ni i buat utk i lunch..makan ngan nasi putih panas2...sedap dan senang sebab semua sayur ada kat dalam tu :)