Tuesday, January 26, 2010

220110 - mozarella in carriages




nama macam pelik je kan!
tapi itu lah nama yang tertera kat buku resepi pasal makanan kat atas tu :)
jadi zarin ikut je lah..
maybe sebab mozarella cheese tu ada kat dalam roti tu kot!
roti ni senang sangat kalau nak buatnya
makan waktu pagi sebagai sarapan pun sedap :)

okay ini resepinya

BAHAN BAHAN

8 keping roti di potong bahagian tepinya

100 gm mozarella cheese di hiris nipis, kalau nk guna grated mozarella pun boleh juga

8 biji pickled olives di belah dua

8 ekor udang sederhana besar di buang kulit

1 biji telur (dijadikan macam nak buat telur dadar tu ...kena whisk sekejap agar kuning telur dan putih telur mixed together)

1 cawan susu segar (optional - kalau tk nak pun tkpe)

garam dan pepper secukup rasa

minyak untuk menggoreng


CARA CARA

- potong roti menjadi bentuk segitiga (ada 16 keping semuanya)
- isikan bahagian atas roti (8 keping sahaja) tersebut dengan cheese, olives dan seekor udang
- taburkan sedikit garam dan pepper
- tutupkan roti tersebut dengan satu bahagian roti lagi
- make sure, squeeze bahagian tepi roti agar bahan di dalam tidak terkeluar
- di dalam satu bekas, campur telur dan susu segar
- celupkan roti di dalam bekas berisi telur dan susu (kalau nak rendam selama 5 minit pun boleh jugak - zarin nk cepat, jd zarin cuma celupkan saja)
- goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan
- bila agak garing, angkat dan toskan..sedap di makan panas panas sebab cheese tu masih melt lagi :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails