Friday, January 8, 2010

070110 - pizza margherita


ini dinner kami sekeluarga malam tadi
bila dah start tekak omputih ni
agak susah jugak nak hilangkan ye!
jadi malam tadi zarin buat pizza margherita (ikut resepi doh je..topping tu suami zarin nak jugak ada mushroom dan sedikit ayam..jadi zarin buat aje lah..kalau margherita pizza ni, cuma pakai tomato and cheese je sebagai topping...senang sangat)


bahan bahan untuk doh

7gram dried yeast (zarin guna mauripan je)
1 tsp gula
250 ml air suam
350 gram high protin flour
1 tsp garam
1 tbs olive oil

cara cara (zarin uli dengan tangan je..kalau ada bread maker mungkin lagi senang kot)

masukkan yeast dan gula ke dalam cawan dan campurkan dengan 50ml air suam tadi
biarkan selama 15 minit atau sehingga yeast itu kembang


di dalam bekas besar, masukkan flour dan garam
buatkan lubang di tengah2
masukkan olive oil, yeast yang telah kembang dan air suam tadi
uli sehingga menjadi doh

keluarkan doh tadi dari bekas dan mulakan proses kneading (lupa apa makna knead ni...lebih kurang macam uli jugak la..) di atas permukaan rata selama 4-5 minit atau sehingga doh menjadi lembut

kemudian, bulatkan doh tadi dan masukkan ke dalam bekas besar tadi dan tutup dengan plastik cling wrap. biarkan selama 30 minit atau sehingga doh itu menjadi dua kali ganda besar

selepas 30 minit, knead/uli lagi doh tadi selama 2 minit.
stretch kan doh tadi mengikut bentuk kesukaan.
jangan tebal sangat ye sebab doh ni akan menaik apabila di bakar nanti




sebab doh ni agak besar jadi zarin tak buat bulat macam pizza yang kita biasa beli tu.
zarin buat je ikut size baking pan zarin..rasanya 9" x 12" kot..
kalau nak buat bulat kecik kecik macam mini pizza pun boleh jugak:)


ini pulak bahan untuk topping pizza

20 biji tomato cherry di potong 2
1/2 biji capsicum di potong dadu
5 chicken stripes di hiris halus
6 biji cendawan butang di hiris nipis2
2 biji bawang putih di potong dadu kecil2
2 tsp dried basil
1 tbs olive oil
4 tbs tomato puree
150 gm mozarella cheese (ikut kesukaan masing masing...boleh di kurangkan atau di tambah)
2 tbs grated parmeesan cheese
garam secukup rasa


cara cara

panaskan olive oil di dalam pan
kemudian masukkan garlic, chicken stripes,capsicum, cendawan butang,garam, basil dan separuh dari tomato cherry tadi
biarkan dan kacau sekali sekala selama 20 minit atau sehingga bahan tadi agak mesra
kemudian masukkan tomato puree dan kacau rata
tutup api dan biarkan sejuk

kemudian sapukan topping ini ke atas roti pizza tadi dan jangan lupa hiaskan dengan separuh lagi tomato cherry di atas roti tu ye!
taburkan mozzarella cheese mengikut kesukaan anda dan juga parmeesan cheese tadi
bakar di dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 200 degree selama 20-25 minit
sedap dimakan panas panas atau sewaktu cheese itu masih lembik gitu :D

okay..selamat mencuba!

4 comments:

  1. i teringin nak cuba... tapi i tgk bahan2 dia i jadi keliru.. dried yeast, protin flour.. kat pasaraya ada jual ke atau kene pi kat kedai bakery zarin? hehe... maklum la i tak penah baking2... ekeke.. dulu i baking kek marble jer.. pizza tak pernah seumur hidup... tgk pizza u teringin lak..

    ReplyDelete
  2. lady
    dried yeast tu i pakai mauripan je..or di panggil instant yeast..
    high protin flour or strong flour tu tepung roti atau tepung pau rasanya. ada kat bahagian bakery kat pasaraya..
    buat roti/pizza secara manual ni boleh exercise muscle tangan hihihi

    ReplyDelete
  3. zarin..nanti azi nak try buat....sure anak2 suka....hmmm bila yer....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails