sungguh tak sesuai combination nasi goreng ikan dengan apple pie tu kan!
tapi sebenarnya kedua duanya tiada berkaitan :)
nasi goreng adalah lunch zarin dan hasya
sebabnya, dah beberapa hari hasya minta nasi goreng
hasya beria ria betul nak bawak nasi goreng ke kindie (hasya memang bawak lunchbox ke kindie..:))
agaknya hasya tengah kemaruk makan nasi goreng kot sebab rasanya baru beberapa hari lepas zarin ada buatkan nasi goreng sotong
tapi zarin buatkan jugak ni sebab seronok tengok bila hasya makan nasi goreng
sungguh berselera sekali..hmmm berbaloi zarin masak ye!
selalunya zarin masukkan ikan bilis dalam nasi goreng tapi disebabkan ikan bilis dah habis jadi zarin masukkan ikan kembung goreng je:)
resepi ni suami zarin yg suggest pada zarin masa mula2 kawin dulu
katanya MIL zarin slalu goreng nasi macam ni..
jadi zarin buat ajelah sebab suami dah suka walaupun sebelum tu zarin tak pernah makan nasi goreng ikan ni:)
okay, ini resepinya..panjang pulak zarin bercerita ye!
bahan bahan
ikan kembung di salut garam dan kunyit dan di goreng sehingga masak
- sejukkan dan kemudian siat siatkan ikan tersebut. jangan ambil tulang ye! nanti tercekik tulang pulak :)
satu cawan nasi
sebiji bawang putih di tumbuk
3 biji bawang merah di tumbuk
sayur i.e carrot, cauliflower dan broccoli
garam secukup rasa
kicap secukup rasa
minyak untuk menumis
cara cara
campurkan nasi dengan ikan yang telah disiat siat tadi
kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan yang di tumbuk sehingga naik bau
masukkan sayur
kacau sekejap (zarin lebih suka kalau sayur tu rangup)
masukkan nasi, sedikit garam dan kicap
kacau hingga rata
sudah siap :-)
p/s:
zarin makan nasi goreng ni dengan sambal belacan sebab untuk hasya mestilah yang tak pedas kan..:)
ini pulak epal pie yang zarin buat petang semalam
pie epal dengan kismis (resepi asal dari CMG - izinkan zarin tampal di sini juga ye!)
ini caa yang zarin buat semalam - kalau mahu resepi asal, sila klik
di siniBAHAN PASTRI
200 g tepung gandum
80 g mentega
1/2 camca teh esen vanilla
50 ml air ais (kurang lebih)
BAHAN INTI :-)
3 biji epal hijau
1/4 cawan kismis
1 1/2 camca besar gula perang (brown sugar)
1 camca besar mentega
1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis
3/4 camca besar tepung jagung
1 kuning telur, untuk disapu atas pie
(
zarin lupa nak sapu telur kuning di atas pie tu :-) )
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK PASTRI :-
Masukkan tepung dalam satu bekas.
Campurkan mentega dan esen vanilla, gaul dengan hujung jari sehingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti.
Tambah air sedikit dan gaul rata hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
Balut doh dengan plastik dan sejukkan 45 minit hingga 1 jam.
*
Tak usah bimbang jika air tak habis digunakan.
UNTUK INTI :-
Panaskan mentega dalam periuk, masukkan epal, serbuk kulit kayu manis dan gula perang
kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga epal lembut.
Tambah kismis, kacau rata.
Masukkan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga inti pekat.
Matikan api dan biarkan inti sejuk.
UNTUK PIE EPAL & KISMIS :-
Keluarkan doh, canai doh antara 2 keping plastik setebal 3 - 4 mm.
Alihkan ke dalam bekas yang dasarnya boleh ditanggalkan.
Kemaskan doh dan potong lebihannya.
Isi inti (kesemuanya sekali) dan ketepikan.
Canai baki doh sehingga boleh menutupi permukaan inti.
Tutup inti tadi dan potong lebihannya.
Kemaskan, cucuk permukaan doh dengan garfu.
Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan ada suhu 200C, selama 40 - 45 minit.
Sejukkan sebelum dipotong
ini bekas yang zarin gunakan
apple pie sedap dimakan dengan vanila sauce tapi yang ni zarin makan macam tu je (tk sempat buat sauce pun:))...lagi sedap bila dimakan panas panas:)