Saturday, January 16, 2010

150110 - pau inti kari daging



kuih pau ni zarin buat pagi semalam
teringin sangat nak makan
jadi bila zarin singgah carrefour dua hari lepas, terus je zarin capai tepung pau brand blue key tu
sungguh confident kan!
walaupun seumur hidup tak pernah buat kuih pau
kalau kukus kuih pau segera ada lah :)

jadi bila bangun tidur pagi semalam
terus zarin pegi ketuk pintu dapur rumah waterlilydah lama rumah waterlily ni ditinggalkan
tapi nasib baik pintu dapur dia tak berkunci
jadi, dapatlah zarin merasa kuih pau pagi semalam :)
terima kasih ye waterlily :-)


okay ini bahan bahan dan cara caranya...
zarin copy dan paste saja lah ye!

Bahan - bahan :

Untuk doh :

300 gram tepung pau

130 ml air

11 gram yeast

30 gram shortening

2 sudu teh baking powder

60 gram gula caster

Kertas minyak sebagai alas pau.

Untuk Inti (you all boleh tukar inti lain kalau suka .)
2 biji kentang - dihiris dadu

1 labu bawang besar - dihiris dadu

2 ulas bawang putih - diracik halus

4 sudu besar kari daging baba's

isi ayam - di hiris dadu (zarin guna daging)

Daun bawang dihiris bulat nipis

Garam secukup rasa.


Cara Membuat Doh :

1. Ayak tepung bersama dengan baking powder.

2. Masukkan gula, yeast, shortening dan tepung/baking powder and gaul sebati. Masukkan air sedikit sedikit dan gaul lagi sehingga dapat di uli menjadi doh. Semasa menguli, lihat keadaan doh, samada perlukan lebih air atau tidak. Lagi lembut doh, lagi lembut pau tu nanti. Ketepikan.

3. Tutup bekas doh dengan kain lembab dan biar sehingga 30 minit.

4. Bentukkan doh menjadi bulat kecil yang beratnya lebih kurang 30gram satu. Sudukan inti dan kepit kan atau di uli bulat (ikut suka sendiri). Letakkan di atas kertas minyak. Ketepikan dan biar lagi selama 30 minit.

5. Kukus selama 10 minit.


Cara Membuat Inti:

1. Tumis bawang besar sehingga layu, masukkan bawang putih dan tumis lagi sehingga agak garing.

2. Masukkan serbuk kari yang telah di buat pes, tumis sehingga pecah minyak.

3. Masukkan kentang dan kacau sehingga agak lembut. Masukkan garam secukup rasa. Masukkan juga isi ayam - kacau sebentar sehingga ayam masak dan akhir sekali tabur daun bawang.

4. Angkat dan biar sejuk atau suam sebelum di sudu kedalam doh pau

sungguh lembut dan gebu serta amat sedap di makan panas panas :O

2 comments:

  1. tabik spring la ngan u pertama kali buat dah jadi cantik..

    ReplyDelete
  2. lady
    u pun boleh buat kuih pau ni...ikut je resepi tu mesti jadi..
    lady lagi lah lebih terrer memasak dari i nih

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails