Sunday, November 7, 2010

kari udang untuk i je tau!

 022

hah, memang i sorang je makan kari udang ni :D 

ngeee heee heeee :D

mana taknya, hasya tak makan kari kari ni kan! and the other half pulak keluar dari selepas subuh sebab ada golf. ingat dia balik after solat jumaat tapikan rupanya dia pi main lagi 18 lubang lagi…hmmm memang sah sah tak sempat lunch kat rumah and dah tentu tentu lah udang tu semua untuk i kan!

owh, kalau nak tahu i ni belajar makan kari udang baru dalam 5-6 tahun lepas je kot! before this tak pernah makan lah kari udang ni sebab mak i pun tk pernah buat kari udang ;-)

udang masak lemak ada lah mak buat tapi kari udang memang tak pernah.  ini pun sebab i one of my staff masakkan kari udang kat rumah dia and i rasa sikit then bila dah suka i makan banyak la…pastu dengan muka tak malu i tanya lah dia camner dia masak kari udang.

so here’s the recipe yang telah i buat ikut style i lah ye!

024

bahan-bahan

20 ekor udang – di cuci dan di toskan

5 biji bawang merah – di kisar

2 biji bawang putih – di kisar

halia sebesar ibu jari – di mayang halus

sebiji tomato di belah 6

1 paket serbuk kari ikan baba’s – di campur sedikit air

2 cawan santan cair

1 cawan santan pekat

garam dan gula secukup rasa

minyak untuk menumis

kacang panjang – ikut suka banyak mana nak! tk nk masuk pun tkpe

 

Cara cara

panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan halia hingga wangi

then masukkan serbuk kari – pastikan tumis hingga garing

then masukkan tomato dan udang

then masukkan santan cair

bila dah mendidih, masukkan santan pekat dan kacang panjang

dan perasakan dengan garam dan gula

dah siap

023

2 comments:

  1. hehe i pun suka kari udang my mom selalu buat tapi now ni i nak buat susah la sebab jarang dapat jumpa udang extra besar kat pasar...huhu

    ReplyDelete
  2. lady
    itu la i pun suka pakai udang besar gedabak tu tp susah nk jumpa la kan!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails