ha ah masak nasi serai je sebab terpandang ada chicken rendang dalam freezer tuh ;-)
sebenarnya ini kes malas nak pikir nak makan apa weekend itu hari..bila dah nampak ada frozen chicken rendang tuh, buat je lah nasi yang simple tapi lajat macam nasi serai ni kan!
dah namanya nasi serai, so i tayang nasi je lah ye! hikhik sungguh tak kuasa nak tayang frozen rendang yang dah hancuss tu :D
thanks a bunch to kak nor for sharing this simple but wonderful recipe nih .
source : Kak Nor
Bahan :
- 2 cawan beras - k.nor guna beras siam
- 1/2 labu bawang holland ~ didadu kecil
- 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
- 2 helai daun pandan
- 1 batang kayu manis
- 5 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 1 kuntum bunga lawang
- 5 btg serai - dititik/ketuk
- 1/2 kiub pati ayam
- garam
- air secukupnya
- 2 sudu besar minyak sapi ~ k.nor guna windmill
Cara :
- Panaskan
- minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
- Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
- Masukkan serai.
- Goreng lg hingga wangi dan masukkan beras.
- Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
- Masukkan kiub pati ayam dan garam.
- Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak
Untuk dapatkan nasi yang lembut dan gebu, rendam kejap beras yang dah dibasuh bersih lebih kurang 10 - 15 min dan toskan
zarin, mas pun dah buat nasi serai ni..sedap kan..
ReplyDeletemas
ReplyDeletememang sedap..anak i makan nasi serai kosong ni je hihi