Friday, November 5, 2010

pasta meatballs

 

uhuh! meatballs lagi ka?

022 

ngeeee hehe :D

actually meatballs tu belen yang i buat itu hari…terbanyak pulak for two of us ni,  so i simpan je lah meatballs tu dlm freezer… senang kan, cuma goreng or bakar je bila nak makan nanti kan!

sebab meatballs dah ada, maka the next next next day tu i buat je lah pasta meatballs ni

kenapa next next next day?

tkleh buat on the next day tu sebab nanti my other half tak suka makan makanan yang hampir sama every day ;-)

itu yang kena tunggu after 2-3 days tuh

btw, bila makan pasta meatballs ni teringat masa i pregnant kan hasya dulu…if possible hari hari makan spaghetti meatballs pun i ok…suka sangatlah makan spag meatballs ni sampaikan bebudak kat secret recipe tu dah kenal muka i yg asyik order spag meatballs je hari hari :D

my other half kata, sebab tu lah hasya tak suka makan nasi sebab dulu masa dalam tummy mommy, hari2 dia makan pasta :D

hikhik ntah lah kan…

okay, here’s the recipe

 

023

since i guna meatballs yang i buat the other day, so the recipe is here ye!

cumanya, this time i bakar meatballs ni dalam oven selama 20 minit – suhu 180 C ye!

haaa…kali ni baru menepati citarasa the other half ;-)

and here’s the simplest gravy that goes with these meatballs

021

Bahan - Bahan untuk gravy:


1 labu bawang besar - di hiris dadu
1 biji capsicum hijau atau merah - di hiris dadu
1 bjii tomato di hiris dadu
1 tsp basil/oregano
450 gm tomato puree or about 10-12 tbsp
1/2 - 1 cawan air
Garam secukup rasa

olive oil – 2 tbsp

Cara :
1. panaskan olive oil dan tumis bawang besar
2. Masukkan tomato dan capsicum. Kacau lagi sehingga layu.  then masukkan tomato puree. kacau lagi. Masukkan air
3. biar hingga mendidih then masukkan oregano dan garam secukup rasa. kacau lagi sehingga mendidih dan bila gravy agak pekat. tutup api dapur.
Boleh dihidangkan bersama spaghetti dan meatballs tadi

btw, kalau nak masukkan meatballs dalam gravy ni pun ok jugak…tapi kami suka campur kat dalam pinggan je

 

025

sedap di hidang bersama parmeesan cheese dan garlic bread ;-)

5 comments:

  1. Salam zarin...
    mmmm... bestnya kalu dapat bekfes pagi ni ngan spageti ngan meatball camtu zarin... akak selalu beli je meatball, nak la try buat pakai resepi zarin ni... thx k :)

    ReplyDelete
  2. zarin, hasya and iman sama, tak suka makan nasik. iman, kalau tak makan nasik seminggu pun takpe asalkan ada pasta, lasagna, meehoon soup or tomyam. tu semua her favourite.

    tgk ur meatballs, teringin pulak nak makan :D

    ReplyDelete
  3. kak fzi
    cuba lah resepi ni...kami suka :-)


    shidah
    haaa sebijik sama cuma hasya kalau tk mkn nasi langsung pun dia tk kisah :D

    ReplyDelete
  4. Salam zarin...

    sure dah tido nie.. akak singgah jap umah zarin kul 1 pagi... sebab terliur sangat ngan pasta meatballs yang zarin buat tu.. akak x pernah buat sendirik lagi... tapi klu ke Ikea mmg nie ler kegemaran akak...

    ReplyDelete
  5. kak ede
    lambatnyua tidur kak! saya pun kalau ke IKEA mesti mkn meatballs dia..ni dah lama tk ke sana, mn rumah je lah ye

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails