Sunday, November 21, 2010

nasi lemak kukus sambal sotong dan ayam goreng

011

 

huh, panjang berjela tajuknya ye!

dah lama teringin nak mencuba masak nasi lemak kukus ni tapi rata rata tengok resepi nasi tu mesti masak dulu then baru kukus..the other half pulak tak nak macam tu…don’t ask me the reason ye! i pun malas nak tanya dia why dia tk nak yg masak macam biasa tu and then kukus tapi i rasa i pun malas nak buat if kena masak dulu nasi tu then kukus pulak sebab bila nasi tu dah masak dalam periuk tu baikle i makan terus kan! hihi ini orang memang kurang sabar menunggu bila tiba time makan nih

aaaanyway, long story short beberapa hari lepas i terjumpa resepi nasi lemak kukus ni kat sini

hmmmm apa lagi, terusla i mencuba dan hasilnya? hmmmm sungguh lajat nasi lemak tu tau!

terima kasih bebanyak pada tuan empunya resepi ni ye! sedap dan lajat dan semestinya akan di buat lagi lah tu ;-)

 

 012 

here’s the recipe ye! i cnp je. fyi, i masak 1 cawan beras je sebab takut tak menjadi hikhik :D

Bahan-bahan:
5 cawan beras ( atau secukupnya )
Santan pekat ~ secukupnya
3 helai daun pandan
1 inci halia ~ dihiris
Garam secukup rasa
Sedikit gula ( secubit )

Cara penyediaan:
1. Basuh dan rendam beras selama lebih kurang 2-3 jam.
2. Didihkan air dalam pengukus. Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak(kelihatan kering).
3. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk.
4. Setelah itu kukus semula beras tadi lebih kurang 10 minit.
5. Keluarkan beras tadi dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan gula serta hirisan halia.
6. Biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk ke dalam beras.
7. Akhir sekali, kukus sekali lagi nasi bersama daun pandan hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik.
** Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak sekata

 

p/s: since i masak i cawan beras je so, i cuma guna santan pekat dalam 8 tbsp kot errr lupa lah pulak tp bila dah nampak nasi tu mcm berminyak je dah boleh stop lah taruk santan tu

source: resepi raidah

010

3 comments:

  1. Hungryyyyy!!! OMG...really hungry now! :D

    ReplyDelete
  2. sodapnye zarin... rajin u buat breakfast sedap2 weekend gini hehe...

    ReplyDelete
  3. hi love
    it's drizzling over here and it makes me hungry tooo :D



    lady
    sesekali je tu...not every weekend tau buat breakfast :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails