Tuesday, November 30, 2010

bermain main dengan fondant

 

2010-11-30

 

dah berzaman rasanya tak bermain dengan fondant. tadi pagi bangun seawal jam 5 pagi semata mata nak cuba asah skill fondant ni balik

almaklum ler khamis nanti BIL nak kawin and MIL dah menugaskan menantu ini buatkan fondant cupcakes for hantaran and also untuk para tamu

sebabkan menantu ni agak keras tangan maka kena lah mencuba cuba dulu kan!

since i pun tak berapa pandai sangat buat bunga bungaan ni maka i taruk je the steps on how to make a rose flower kat sini ye! bukan apa, later later boleh jugak i refer balik kan! resepi fondant tu nanti i bagi ye!

1st have to buatkan bentuk air mata/ tears ni dulu..this one is for the rose bud

017

then kena lah buatkan bentuk bulat bulat ni untuk kelopak bunga ros tu– buatlah dalam 7-8 kelopak

018

then amik satu bentuk bulat tu and tampal je kat bentuk air mata tu…if tak melekat, sapukan sedikit air ye! guna paintbrush untuk sapukan air pada bud tu..jangan banyak sangat airnya sebab nantikan habis meleleh pulak fondant tu

027

then repeat the same step untuk lapisan kedua, ketiga dan seterusnya, buatlah macam kelopak ros ye! tutup sikit kat bahagian yang bercantum tu

020

i buat dalam 8 kelopak je. bila dah habis tu, if nampak panjang sangat kat bahagian bawah tu, bolehlah di gunting ye!

021

bila dah di gunting, nampaklah cantik sikit kan ;-)

024

then dah siap dah…bolehlah dikeringkan…i mean biar je lah dia kering and keras jap

028

bunga fondant ni boleh dibuat lebih awal sebab takde lah nanti kelam kabut bila dah dekat nanti…itu bagi i yang tak berapa reti ni lah…hmmmm pagi ni baru je siap beberapa kuntum bunga ros ni…hopefully sempatlah siap semuanya before balik kampung nanti

2010-11-2821

p/s

lupa plak, masa nak bentuk bentukkan bentukkan fondant tu, kalau fondant tu melekat kat meja, tabur je lah icing sugar kat atas meja tu ye! then baru boleh bentuk bentukkan dgn senang n tk melekat

Monday, November 29, 2010

blueberry cheese layer cake and an award from love

 

 

 

 

2010-11-2814

a few days ago ada bercakap cakap over the phone dengan kak jun yang baru je buat kek fondant handbag lv untuk pengunjung bertuah tu about blueberry cheese layer cake ni

pastu kak jun dah siap tayang dah layer cake ni kat fb dia…hmmm bila dah nampak tayangan perdana tu, mula lah datang meroyan nak makan blueberry cheese layer cake ni hahaha sebabnya all this while tiap kali the other half ke kuching, blueberry cheese layer cake ni is a must buy item for me ye! hikhik cake lain i tak kisah, tapi i nak jugak blueberry cheese layer cake ni sebab sedap u…….

dah lama the other half tak ke kuching, so itu yang angin meroyan nak makan ni datang balik ni

so, apa lagi mula lah membuat and memakannya dengan jaya ye!

 

Collages2

 

here’s the recipe

source: bro rozzan

 

Bahan-Bahan

450 gm butter – i used anchor unsalted

250 gm Philadelphia cream cheese

1 tbsp ovalette

170 gm gula halus – i used 120gm

10 biji telur

1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis – i used 300gm

300 gm tepung Hong Kong

100 gm Horlick

250 gm blueberry pie filling

1 sudu teh esen blueberry (optional) – i didn’t hv purple color so, i used 3 tbsp blueberry essence

sedikit pewarna ungu – i didn’t use

Cara Cara

1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati.

2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang.

3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.

4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar.

5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata.

6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh blueberry pie filling, esen blueberry dan pewarna ungu. i buat 3/4 plain and 1/4 lagi di campur dgn blueberry filling sebab bila campur filling tu, batter ni akan jadi lebih kurang sama dengan plain batter tadi

7. Bakarlah menggunakan loyang 10”x7”, 8”x8” atau 9” x 9” yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius. i guna loyang 8x8 and tinggi cake ni muat2 je loyang ni

8. untuk lapisan pertama, ambil 2 senduk (i guna 5 tbsp) adunan plain dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dgn api atas bawah sehingga masak. i bakar selama 7-10 minit

9. Utk lapisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Ambil 2 senduk (i guna 5 tbsp) adunan plain lagi dan ratakan dia atas lapisan pertama tadi.

10. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan ( i guna 5 tbsp) blueberry dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Buat begini sehingga habis semua adunan.

11. utk lapisan terakhir, bakar selama 15 minit menggunakan api atas bawah dan i balut pan tadi dengan aluminium foil setelah 7 minit bakar dan sambung sehingga habis 15 minit tadi

 

Nota:

Mengenai corak lapisan samada 2 plain, 2 ungu atau 1 plain 1 ungu, terserah pada kreativiti dan citarasa anda

i buat 2 plain and 2 blueberry

masa untuk bakar selapis selapis tu bergantung kepada kepanasan oven masing masing ye! i bakar selama 7 minit untuk setiap lapis

 2010-11-2815

owh, before i forget, here’s and award from love yang baru je celebrate birthday tu.

127

to love, thanks a bunch for this award and here’s the blueberry cheese layer cake just for you ye! hope u like it ;-)

Sunday, November 28, 2010

creamy pasta and broccoli with slices of fresh apple

creamy pasta n apple

nak tahu apa rasanya ye bila makan creamy pasta dengan fresh apple tu?

hmmm mesti lah sedap rasa dia..if not takde lah dia suh makan ngan apple..hikhik dia tu i refer tu buku resepi pasal pasta pasta ni. ada rasa cream tu and ada pulak rasa sweet sweet apple tu..hmmm memang sedap pada tekak i lerrr…tekak orang lain i tak tau ye! seperti biasa ni salah satu menu lunch orang tak nak berlama lama di dapur..ish memang tak leh berlama lama kat dapur tu siang siang sebab mana nak sidai baju lagi,mana nak mop lagi, mana nak prepare kan si anak dara ke kindy lagi..haiii macam macam lah nak kena abuat before noon tu….

anyway, here’s the recipe. i amik recipe ni from my pasta and italian cooking book but then i tak follow betul betul camner cara dia masak,  i buat je sesuka hati as long as the ingredients suma betul and the result pun sebijik le rupanya..errr tastewise pun sama jugak lah kot hihi :D

012

ingredients:

any type of pasta – i used linguini –  pandai2 lah agak untuk sorang makan ye! – cook pasta in boiling water til al dante

- 1 tbsp butter

-1/2 large onion, finely chopped

-i add 6 pieces of prawn

-broccoli, broken into flowerets

-1/4 cup fresh cream

- 1 tbsp flour

- 1/8 cup of grated mozarella cheese

- 1 1/2 cup of chicken stock – i used 1/2 cube of knor chicken stock dilute in  the fresh cream

-salt, nutmeg n pepper to taste.

- fresh apple slices to garnish

 

Methods:

-melt butter in sauce pan and add the onion and prawn and fry until the onion softened and the prawn is cooked

- then add the broccoli and pasta – mixed well

- then add the  fresh cream with the chicken stock and also the flour, kacau rata ye! ( if nak lebih creamy and tak kering, boleh lah add 2-3 tbsp water ye)

-then add the grated cheese, salt and pepper and stir them altogether and heat gently for about 1-2 minutes. ( i didn’t add the nutmeg coz lupa daaaa)

-Serve with fresh apple slices

 

pasta collage

Saturday, November 27, 2010

a silly mistake and a pumpkin bread

 

 

pumpkinbread

yes it was a super silly mistake and my pumpkin bread turned out yikessss according to my dotter la….haiii kanak kanak tu cukup pandai complaint tau!

kalau perasan the first picture tu gambor pumpkin bread yang tak menjadi lah tu hikhik :D

pumpkin bread tu tak menjadi sebab i tersalah taruk baking powder instead of baking soda. haisssh memang ler bread tu naik menggunung jugak tapi kan the texture  ergggh sungguh keciwa tau! entah lah tak tau nak cakap, memang takde texture yang gebusss and menggoda lah

then, tak puas hati punya pasal and sebab ada sikit lagi belen pumpkin tu, so i buat lagi petang semalam and this time i taruk baking soda ye!

haaaa menjadi pun…and taste dia sungguh lajat…emmm nak kata macam kek pun ada gak

001

 

 

here’s the recipe ye!

source: allrecipe.com

Ingredients
  • 3 1/4 cups all-purpose flour
  • 2 teaspoons baking soda
  • 1 teaspoon ground nutmeg
  • 2 cups solid pack pumpkin puree –to make the pumpkin puree, you can simply boil/roast the pumpkin until it becomes tender. ,
  • 1 cup vegetable oil
  • 1/2 cup chopped walnuts – i used 1 small box of raisin brand lego tu
  • 1 1/2 teaspoons salt
  • 1 teaspoon ground cinnamon
  • 3 cups white sugar
  • 2/3 cup water – i substitute with 1 cup of pumpkin soup
  • 4 eggs
Directions
  1. Grease and flour three 7 x 3 inch pans. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
  2. Measure flour, sugar, baking soda, salt, and spices into a large bowl. Stir to blend. Add pumpkin, water, salad oil, eggs, and nuts. Beat until well combined. Pour batter into prepared pans.
  3. Bake for approximately 1 hour.

pumpkin bread

*** batter tu macam tak muat in my 7x3 inch pan, so i masukkan sikit dalam bundt pan tu and bila makan yg dalam bundt pan tu rasa macam makan muffin le pulak

i lagi suka yang dlm 7x3 inch pan tu

p/s:- if bakar dlm bundt pan tu jgn bakar selama 1 jam ye! kang hangus pulak..i baked around 35 minutes je.

Friday, November 26, 2010

pumpkin bread oh pumpkin soup rupanya

 003

i bought a pumpkin because my lil girl keep pestering me to bake a pumpkin bread just for her padahal all this while dia tak pernah makan pun  pumpkin bread ni tapi sebab tergoda tengok kat disney channel ke kat mana ntah yang asyik tayang pumpkin bread tu, dia pun mintaklah i buatkan

and i did bake pumpkin bread BUT because of a silly mistake, my lil girl doesn’t like my pumpkin bread tau! bukan dia je tk suka, the other half and i pun tak suka that bread tau!..hmmmm hanya mr tong je yang suka hahaha… nanti i’ll tell you about it ye!

in the end i made pumpkin soup just for me and the other half ;-)

my lil girl errr nehi nehi to any kind of soup ye! dia cuma suka sup air saja :D

 

pumpkin soup

sedap makan pumpkin soup with baguette ni, tambah tambah lagi makan time time hujan…hmmm yummy rupanya ye! itu kata i yang tak pernah makan pumpkin soup ni ye!

anyway, here’s the recipe. i amik ni from here!

 

Ingredients:

yellow onion-1

Shrimp- up to you

Butter- 1 tbsp

chicken/vege broth-11/2 cups – i used 1 chicken cube knorr diluted in 1 1/2 cup of water

whipping cream/milk- 1 cup – i used 1/2 cup of whipping cream

Pumpkin puree- 1 cup

**to make the pumpkin puree, you can simply boil/roast the pumpkin until it becomes tender. 

method

 

Sautee the onion in butter in medium heat. Add the shrimps, mix well. after 2 mins, pour the chicken broth inside the pot. and let it simmer for 5-10 mins. Turn off the heat.


Transfer the mixture into a blender and blend it until it's smooth.Return it back to the pot and bring it to boil. Add salt, pepper, and turn off the heat. Stir in the whipping cream and serve with baguette.

004

Thursday, November 25, 2010

steamed broccoli with garlic and oyster sauce

 

 

035

 

petang semalam kan masak nasi semata mata sebab nak buatkan apam untuk hasya tu

so nak tak nak kena lah makan lebihan nasi tu for dinner kan! sib baik ada ikan kerisi, so buat je lah sambal kerisi then godek godek peti ais tu jumpa pulak seketul broccoli. ingat nak buat stir fried je tapi udang plak nan ada

then teringat pernah nampak resepi broccoli and garlic ni kat sini dulu but then i since i was tooo lazy to onkan my lappy and godek godek hana’s kitchen and lagi satu sebab dah dekat nak dinner sesangat dah, so i gamble je lah,  bantai je lah apa apa yang patut as long as long as ada rupa broccoli and ada rupa garlic dah la kan :D

hasilnya…”sedap nih, i like”..itu kata hubster lerrr ;-)

okay, this is how i made my steamed broccoli and garlic ni

 028

bahan bahan

seketul broccoli – di potong kecik, cuci and tos

5-6 biji bawang putih – di cincang sederhana

1/2 bawang besar – di mayang halus

2 tbsp oyster sauce

1 senduk air dari steamer ( i guna senduk besar ye!)

2 tbsp olive oil

Cara cara

steamkan broccoli selama 5-7 minit (kalau nak rebus pun ok jugak)

at the same time panaskan olive oil dan goreng bawang putih hingga garing – kekuningan

then angkat and toskan

then using the same oil, tumiskan bawang besar hingga layu and then masukkan oyster sauce dan air tadi

kacau rata and then tutup api

then masukkan broccoli tadi ke dalam pinggan dan siramkan dengan oyster sauce tadi dan kemudian taburkan dengan bawang putih goreng tadi

that’s it…itu cara i…kalau nak tahu cara lagi satu sila singgah sini and godek godek sendiri lah ye!

029

apam beras oh apam beras

 019

demi si anak dara yang suka bangat makan apam, maka si ibu pun terpaksa lah bertungkus lumus menyalin resepi :- read:- menyalin resepi ye sebab printer sudah habis ink daaaa

nasib baik resepi ni pendek dan ringkas je, if not jenuh jugak nak menyalinkan!

anyway, takmo ngomel panjang panjang, apam beras kesukaan si anak dah di buat dan nampaknya dalam banyak banyak apam, ini lah apam yang paaaaling menjadi kegilaan si anak dan si ayah jugak! maka berbaloi baloi sangat lah si ibu menyalin resepi tu ye!

 

 018

seperti biasa, last batter tu kena lah jadi macam ni…kali ni si anak mintak kaler kuning and pink…ish yang kaler pink terlebih pink jadinya and kuning pulak terlebih kuning jadinya..haiiish sungguh tak reti nak control tangan ni bila masa nak tuangkan colour yang liquid tu…agaknya kalau pakai powder colouring lg better kot eh?

eh, ini resepinya ye! thanks to hana sebab tunjuk resepi ni masa my anak dara tengah gian memakan apam :D

 

source: cha myresipi.com

copy from: hana

Bahan-bahan

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

 026025

 

 

Cara-cara

  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

Wednesday, November 24, 2010

petola tumis air ni untuk mereka berdua ye!

terus terang saya cakap yang saya ni memang tak pernah makan sayur petola tumis air ni..bukannya mak tak pernah masak, mak pernah masak tapi saya je yang tak pernah ingin memakannya

jadi itu hari bila saya nampak mereka berdua makan sayur petola tumis air ni saya sangat sangat terkejut sebab tak sangka pulak mereke berdua suka ye!

si anak suka sebab ada suhun kat dalam tu and si ayah pulak memang boleh layan la sayur petola ni…rupanya petola ni salah satu sayur yang si ayah boleh makan..hihi kan si ayah tk suka makan sayur…hmmmm tetiba saya rasa pelik sebab kenapa all this while saya tak pernah nampak mereka berdua makan petola tumis air ni :O

anyway, sebab dah tengok 2 beranak tu suka makan, maka saya pun bertanya la kengkawan kat fb camner nak masak petola tumis air ni ;-)

haaa tanya kawan camner nak masak tumis air youuuu :D

terukkan i ni…anyway, ini dia rupa tumis air petola i tuh

039

BAHAN BAHAN

1 biji petola – di buang bahagian menggerutu, di cuci dan potong nipis nipis lebih kurang 2 inci - toskan

sedikit suhun dan fucuk- direndam sampai kembang

Garam secukup rasa

2 biji bawang merah – di mayang halus

2 ulas bawang putih – di mayang halus

1 tbsp ikan bilis

3 cawan air

1 tbsp olive oil

CARA CARA

Panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bawang merah dan ikan bilis sehingga wangi

then masukkan air .Kacau kuah sekejap dan biarkan sampai mendidih

then masukkan petola serta suhun dan fucuk . Kacau sikit lagi dan masukkan garam secukup rasa

let it simmer tapi jangan lama sangat kang lembik sayur tu..tutup api and dah boleh makan dah

 

 

senang bangat kan! haiiii naperlah all this while tk pernah masak macam gini ye?

038

ini sambal kerang i tapi….

032

dia pulak yang lebih lebih makan sambal kerang ni sampai akhirnya berebut rebutlah kami berdua mengutip kerang tu tiga empat bijik skali kutip sebab takut nanti tak sempat makan sebab sambal kerang tu cuma sikit tit je tau!

haaa semalam semalam buat sambal kerang sikit je tapi rasanya cukuplah untuk we all berdua kan! tak sangka pulak the other half pun suka sambal kerang ni sebab all this while i je yang slalu beli nasi lemak with sambal kerang and dia cuma makan sesuap dua je. agaknya sebab this time i yang masak kot sebab tu dia pun makan beria and siap cakap kalau ada nasi lemak mesti laagi sedap makan ngan sambal kerang ni…weee haa sukak i sebab dia kata sambal kerang i sedap ngeh ngeh kembang semangkuk dah mak ni :D

anyway, this is how i made my sambal kerang

Bahan-bahan
  • segenggam kerang yang dah di buang kulitnya – di cuci dan di toskan
  • *1 biji bawang besar di hiris nipis
  • *1 biji bawang putih dihiris nipis
  • *1 inci halia di mayang
  • * sebatang serai di hiris nipis
  • 2 tbsp cili giling
  • 1 tbsp air asam jawa
  • 2 tbsp sos cili
  • garam dan gula secukupnya
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. panaskan minyak dan tumis semua bahan bertanda sehingga wangi
  2. then masukkan kerang – kacau dan biarkan sehingga air kerang tu dah hampir kering dan kerang dah mengecut
  3. then masukkan cili giling, kacau sekejap
  4. then masukkan air asam jawa dan cili sos
  5. biarkan seketika atau atau kacau sekejap sekejap sehingga cili tadi agak likat dan bertukar ke warna gelap sikit
  6. then masukkan garam dan gula secukup rasa
  7. tutup api…

 

034

Tuesday, November 23, 2010

nak apam satu pink and satu white je, tak nak kaler kaler tau!

 028

itu pesanan si anak dara sebelum dia ke kindy semalam

so, balik rumah tu cepat cepatla mommy dia prepare kan apam untuk dia

actually  si anak dara suka makan apam beras tapi sebab mommy dia dok tengok resepi apam beras tu kena guna tapai ke haper ke so, mommy dia tak reti lah nak membuatnya

mommy dia buat je lah apam mekar ni tapi kena lah ikut syarat syarat si anak dara tu yang nak kaler pink satu and white satu

resepi ni i main amik je kat myresepi and dah lupa plak siapa nama pemiliknya tu..anyway, thanks a bunch for sharing the recipe ye! anak dara saya suka apam ni ;-)

 

 026

yang sebijik ni terpaksa buat 2 colors sebab dah last batter dah

ini resepinya and gula tu dah ikut i punya sukatan ye!

  • 180 gm gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200 ml susu segar
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil ovallate
  • Pewarna (ikut suka)
  • Acuan kertas (paper cup) secukupnya
Cara-cara
  1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
  8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup). 
  • source: myresepi

    030

  • nasi serai je

     

    ha ah masak nasi serai je sebab terpandang ada chicken rendang dalam freezer tuh ;-)

    sebenarnya ini kes malas nak pikir nak makan apa weekend itu hari..bila dah nampak ada frozen chicken rendang tuh, buat je lah nasi yang simple tapi lajat macam nasi serai ni kan!

    dah namanya nasi serai, so i tayang nasi je lah ye! hikhik sungguh tak kuasa nak tayang frozen rendang yang dah hancuss tu :D

    007

    thanks a bunch to kak nor for sharing this simple but wonderful recipe nih .

    source : Kak Nor

    Bahan :

    • 2 cawan beras - k.nor guna beras siam
    • 1/2 labu bawang holland ~ didadu kecil
    • 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
    • 2 helai daun pandan
    • 1 batang kayu manis
    • 5 kuntum bunga cengkih
    • 3 biji buah pelaga
    • 1 kuntum bunga lawang
    • 5 btg serai - dititik/ketuk
    • 1/2 kiub pati ayam
    • garam
    • air secukupnya
    • 2 sudu besar minyak sapi ~ k.nor guna windmill

     

    Cara :

    1. Panaskan
    2. minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
    3. Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
    4. Masukkan serai.
    5. Goreng lg hingga wangi dan masukkan beras.
    6. Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
    7. Masukkan kiub pati ayam dan garam.
    8. Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak

    Untuk dapatkan nasi yang lembut dan gebu, rendam kejap beras yang dah dibasuh bersih lebih kurang 10 - 15 min dan toskan

    006

    Monday, November 22, 2010

    puding kek karamel

    024

    akhirnya buat jugak puding ni although sungguh tak confident sebab takut kek tu tenggelam blup dalam karamel tuh :D

    kenapa buat jugak? sebabnya i ni penggemar setia karamel tu….so kan, kalau dah hari hari dok terbayang bayang je rupa karamel tu maka kena lah buat kan!

    buat ni semalam and nasib baik sempat amik gambar sebab rupanya the other half pun suka jugak karamel ni :D

    hmmmm tau tau je lah kan bila dah dua dua suka makan ni mesti lah cepat je habisnya kan!

     

    013023

    okay, here’s the recipe

    i amik kat hana’s place and kat sana ada lagi satu version tapi i buat yang guna sikit telur and yg lebih simple je :D

     

    Bahan-bahan

    • Karamel
    • 60g gula ( i used 50 gm)
    • 2 sudu besar air
    • Puding
    • 2 biji telur
    • 400ml susu cair@segar
    • 35g gula
    • sedikit esen vanila
    • Kek span
    • 70g tepung gandum
    • 60g gula halus  ( i used 50gm)
    • 2 biji telur
    • 20g mentega- dicairkan
    • 20ml air

    Cara-cara

    1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.
    2. Sediakan karamel: Panaskan gula sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
    3. Sediakan puding: Campurkan semua bahan. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
    4. Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula (30g) sehingga kembang.
    5. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula(30g) lagi sehingga jadi bentuk krim.
    6. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
    7. Ayak tepung ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
    8. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
    9. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2.
    10. Tuangkan adunan kek tadi secara berselang seli ke dalam loyang puding tadi. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
    11. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
    12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

     

    source : yani myresepi

    copy: hana memories

     

     

    015

    masak kuah lodeh

    005

    first time ni tau masak kuah lodeh ni :D

    i suka makan tapi the other half tak berapa suka, so normally makan kat kedai je tapi sebab ada belen nasi himpit itu hari, so i try jugak buat kuah lodeh ni

    dah namanya first time buat maka kena lah google cari resepi kan! tapi sebab malas nak google resepi, i tak buat buat kuah lodeh ni until tetiba je i ternampak mama fami postkan in her entry a few days ago

    apa lagi, segera lah i mentry resepi ni ;-)

    sedap u!!

     

    004

    since sambal sotong nasi lemak pun ada lagi, bolehlah makan ngan kuah lodeh ni…hmmmm double triple yummy babe!

     

    to mama fami and iza, thanks for sharing this yummilicious recipe 

    btw, here’s the recipe ye! resepi asal untuk 10 org makan and boleh tengok kat sini ye! yang ni i taruk utk 3-4 org mkn tapi tkleh tambahlah ni ye!

     

    KUAH LODEH

    Source : Iza & mama fami

    Bahan menumis: (mesti dimayang halus
    2 ulas bawang merah  
    1 ulas bawang putih  
    1 inci halia 
    1 inci lengkuas 
    2 batang serai  ( i ketuk)

    2 tbsp udang kering di tumbuk


    Bahan rencah (sayur-sayuran):
    Santan (i gun 1 kotak satan kara je)
    Udang basah ( i tk taruk udang basah but i used udang kering je yang di blend kering) 
    sedikit  kobis bulat (hiris halus) 
    1/2 batang lobak merah (potong 1 inci panjang)
    1 keping tauhu goreng (belah 4 atau ikut suka) 
    1/2 keping tempe (belah2 ikut tauhu pastu goreng) 
    1 biji kentang (besar)(belah kecil2 pastu goreng) 
    3 batang kacang panjang (potong 1 inci panjang) 
    sedikit  suun – di rendam
    sedikit fucuk - direndam
    1 biji cili merah (hiris)


    Bahan perasa:
    Garam 

    Serbuk kunyit


    Cara memasak:
    1. Tumis bahan penumis dan udang kering dengan minyak secukupnya hingga wangi dan agak garing.
    2. Masukkan santan kemudian bahan2 rencah dan serbuk kunyit. Kobis, kacang panjang, suun dan pucuk dah mendidih baru masukkan.
    3. Rasa garam dan cili merah. Rasa2 dah masak tu bolehlah tutup api tu...

     

    001 002

    Sunday, November 21, 2010

    nasi lemak kukus sambal sotong dan ayam goreng

    011

     

    huh, panjang berjela tajuknya ye!

    dah lama teringin nak mencuba masak nasi lemak kukus ni tapi rata rata tengok resepi nasi tu mesti masak dulu then baru kukus..the other half pulak tak nak macam tu…don’t ask me the reason ye! i pun malas nak tanya dia why dia tk nak yg masak macam biasa tu and then kukus tapi i rasa i pun malas nak buat if kena masak dulu nasi tu then kukus pulak sebab bila nasi tu dah masak dalam periuk tu baikle i makan terus kan! hihi ini orang memang kurang sabar menunggu bila tiba time makan nih

    aaaanyway, long story short beberapa hari lepas i terjumpa resepi nasi lemak kukus ni kat sini

    hmmmm apa lagi, terusla i mencuba dan hasilnya? hmmmm sungguh lajat nasi lemak tu tau!

    terima kasih bebanyak pada tuan empunya resepi ni ye! sedap dan lajat dan semestinya akan di buat lagi lah tu ;-)

     

     012 

    here’s the recipe ye! i cnp je. fyi, i masak 1 cawan beras je sebab takut tak menjadi hikhik :D

    Bahan-bahan:
    5 cawan beras ( atau secukupnya )
    Santan pekat ~ secukupnya
    3 helai daun pandan
    1 inci halia ~ dihiris
    Garam secukup rasa
    Sedikit gula ( secubit )

    Cara penyediaan:
    1. Basuh dan rendam beras selama lebih kurang 2-3 jam.
    2. Didihkan air dalam pengukus. Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak(kelihatan kering).
    3. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk.
    4. Setelah itu kukus semula beras tadi lebih kurang 10 minit.
    5. Keluarkan beras tadi dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan gula serta hirisan halia.
    6. Biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk ke dalam beras.
    7. Akhir sekali, kukus sekali lagi nasi bersama daun pandan hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik.
    ** Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak sekata

     

    p/s: since i masak i cawan beras je so, i cuma guna santan pekat dalam 8 tbsp kot errr lupa lah pulak tp bila dah nampak nasi tu mcm berminyak je dah boleh stop lah taruk santan tu

    source: resepi raidah

    010

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails