Monday, November 22, 2010

puding kek karamel

024

akhirnya buat jugak puding ni although sungguh tak confident sebab takut kek tu tenggelam blup dalam karamel tuh :D

kenapa buat jugak? sebabnya i ni penggemar setia karamel tu….so kan, kalau dah hari hari dok terbayang bayang je rupa karamel tu maka kena lah buat kan!

buat ni semalam and nasib baik sempat amik gambar sebab rupanya the other half pun suka jugak karamel ni :D

hmmmm tau tau je lah kan bila dah dua dua suka makan ni mesti lah cepat je habisnya kan!

 

013023

okay, here’s the recipe

i amik kat hana’s place and kat sana ada lagi satu version tapi i buat yang guna sikit telur and yg lebih simple je :D

 

Bahan-bahan

  • Karamel
  • 60g gula ( i used 50 gm)
  • 2 sudu besar air
  • Puding
  • 2 biji telur
  • 400ml susu cair@segar
  • 35g gula
  • sedikit esen vanila
  • Kek span
  • 70g tepung gandum
  • 60g gula halus  ( i used 50gm)
  • 2 biji telur
  • 20g mentega- dicairkan
  • 20ml air

Cara-cara

  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.
  2. Sediakan karamel: Panaskan gula sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding: Campurkan semua bahan. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
  4. Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula (30g) sehingga kembang.
  5. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula(30g) lagi sehingga jadi bentuk krim.
  6. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  7. Ayak tepung ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  8. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  9. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2.
  10. Tuangkan adunan kek tadi secara berselang seli ke dalam loyang puding tadi. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
  11. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
  12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

 

source : yani myresepi

copy: hana memories

 

 

015

12 comments:

  1. zarin, 1st day raya hari tu, my brother bawak balik kek caramel ni, mak mertua dia bagi. I like it a lot! sedap tak the version yg u buat tu?

    ReplyDelete
  2. Babe

    u pakai loyang braper inches for the simpler recipe yg u buat ni? kalo rhajin ku ingin nak wat...

    ReplyDelete
  3. wahhhh...cantiknya....terasa kesedapannya....

    ReplyDelete
  4. Zarin,

    Kek ni tgh popular lah skarang, dkt FB's Kongsi Recipe kebanyakkan org tgh tayang photo kek ni....hehehez

    ReplyDelete
  5. ai pong suker sangat yg tang karamel tuh! klu makan mcm tak hingat timbang jerk! hihihi...

    ReplyDelete
  6. shidah
    sedap...i suka sgt ;-)


    love
    heee thanks but i stil dunno how to make the rainbow ;-)


    yat
    i guna loyang 7 inches je sebab the batter tu sikit je


    mas
    memang terasa kesedapannya ;-)


    anie
    owh ye ke? ehehe i tk join pun FB kongsi resepi tu...errrrk tk tau pun ada kongsi resepi :O



    hana
    betul betul...caramel tu sedap hingga menjilat sudu ekeke :D

    ReplyDelete
  7. salam zarin..nak ty sikit..masukkan air suam dlm dulang oven..maksudnya letak loyang tadi atas air la ye sblm bakar..tq resepinya.

    ReplyDelete
  8. zureyn
    ha ah betul tu...cuba la..i suka kek ni..sedapppp

    ReplyDelete
  9. zarin kek 2 xpayah pkai ape2 penaik ke?

    ReplyDelete
  10. anon
    kek tu tk payah pakai penaik sebab telur tu dah kembang dah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails